BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Showing posts with label coretan hati. Show all posts
Showing posts with label coretan hati. Show all posts

Monday, November 5, 2012

pemanasan jari jemari

assalamualaikum w.b.t... dah beberapa bulan x menulis... aku sebenarnya xda la rasa rindu nak menulis cuma tetibe ada something pulak nak dicoretkan...

sekarang dah masuk bulan november dan beberapa hari lg tamat semester 6 (2012) nie.. sesungguhnya banyk sangat pengalaman yang telah kau tempuhi sepanjang sem 6 yang x dinafikan memang amat berwarna-warni dan mencoretkan seribu banyak pengalaman yang manis dan pahit. 

Wednesday, January 25, 2012

aku dan hostel's life...

Aku dan hostel life....

Assalamualaikum w.b.t ... bermula lagi satu coretan dari rempah ratus pengalaman hidup aku... satu minggu cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina... tinggallah aku dan rakan-rakan yang jauh di perantauan menjadi penghuni setia asrama... syukur ada tempat berlindung.... walaupun sedih n rasa kekosongan bila melihat orang lain dengan gembiranya meninggalkan asrama tapi xpe ini bahagian aku nak merasa pengalaman ni... coz bila lagi nak rasa kan... nikmatilah hidup selagi mana kamu hidup.... bilangan manusia yang tinggal di asrama nie boleh kira dengan jari-jemari... syukur ada geng budak2 silat yang nak berjuang demi IPG nanti berlatih siang n malam... dia urg nie korbankan cuti utk berlatih pertandingan silat antara budak2 IPT seluruh MALAYSIA.... wpun masih baharu lagi aku doakan korang berjaya.... gambate!!!!!

Dengan bertemankan kawan dak s’wak n dak sabah....kami bertiga menjalani sesi kehidupan cuti selama 9 hari di hostel macam tahun2 lepas... tahun lepas rasanya macam lagi sunyi coz kalo x salah hanya 4 org je yang duk kat hostel tapi tahun nie agak ramai jugak yang tak balik o yang balik awal atas sebab musabab tertentu.... sape kata kturn xbosan... bosanlah....tapi apa nak buat terpaksa... nak duduk rumah org kami malu la..... n ada sebab2 tertentu xnak duk rumah org... tet*****....

Selalunya masa cuti apa agenda yg budak2 macam aku nie selalu buat :

A. A. Buat tugasan

B. B. Tido zzzzz....

C. C. Melepak

D. D. Jalan-jalan

Antara empat jawapan tu mana satu agaknya yg paling random aku buat.... hahahahaha teka lah sampai tahun depan....

Macam2 sebenarnya pengalaman, keseronokan n ketakseronokan bila duduk seminggu tanpa manusia2 yang ramai nie... kita bincang bab seronok dulu..... seronok bila ko nak mandi xyah nak berebut bilik air o tandas... sebab satu aras ko sorang je yng duduk.... seronok bila ko nak masak ***kantoi*** tanpa perlu main sorok2 ngan orang sekeliling... seronok bila pagi2 lepas subuh ko bole tido balik puas2... ( TAK ELOK LA TIDO LEPAS SUBUH NANTI REZEKI SUSAH NAK MASUK) he...... senyum kambing... seronok sebab bila ko bangun tido masa time cuti raya cina nie... rumah cina kat depan tingkap 3 hari berturut panggil dak naga n dak singa dia buat tarian depan rumah..bole tgok free tnpa penat2 nak bersesak2 dengan org... tgok kat dalam bilik je... xke best tue.... tapi die punya gendang n pinggan besi (sebenarnya aku tak tau pe nama dia) dyurg tue memekakkan telinga pagi2 siap bole jadi alarm ko bile ko terlajak tido.... da tue tradition dyurg kan.... terima seadanya.... perlu ada toleransi dlm mengamalkan kepercayaan masing2 tapi bukan bersikap liberal dalam mengamalkan agama... agama yang suci n murni perlu diamalkan mengikut landasan syariat yang telah diajari oleh utusan nabi akhir zaman Nabi Muhammad S.A.W.... ok lagi2.. seronok bila ko pergi bilik tv takde org yang jenguk selain ko... kedudukan remote n kerusi in the same side n position dari malam sampai pagi esoknya bila ko dtg lagi.... bab seronok.... dah habis kot...

bab yang tak seronok pulak.... tak seronok bila ko rasa empty.... satu feeling yg bile ko xnampak org.... aku je kot paham... tak seronok bila ko sorg2 n ko fikir filem2 horror or cerita thriller yg ko pernah tgok or dengar dri mulut org... tak seronok bila ko kelaparan tahap sampai pening2 kepala... tak seronok bila time2 cuti tahun baharu cina nie ko tengah pokai tahap gaban...

Okeh udah selesai bincang bab seronok n tak seronok.... bila aku fikir bosan memang lah bosan jadiknya... bila aku fikir takut dengan **** dan **** tapi mintaklah perlindungan dari Allah kerana DIA yang menciptkan segala sesuatu.... xyah dok fkir takut sgt..kuatkan hati... member pernah tanya ‘ko tak takut ke??’ n aku jawap ‘takut la sape kata x takut’ pastu dlm hati ckap ALLAH kan ada... DIA sebenarnya yang kita berhak untuk takuti melebihi dari segala-galanya... tapi aku sebagai manusia yang jahil lagi lemah nie..... mampu berserah segalanya kepada kehendak-NYA.... tapi ko jangan lah mintak benda yang bukan2 pulaksss.... kan....

Okeh nak cerita satu benda interesting...al kisah brgan elektrik serba guna.... ko nak masak kat hostel perlu dua benda je utk memasakkan makanan bagi ko tak kelaparan musim cuti....

1. 1. Periuk nasi

2. 2. Water heater

Dengan dua benda nie.... ko nak masak ape... ko masklah... dengan keyword n formula kesabaran n skills dlm menggunakan dua benda nie makalah kenyanglah engko xpyh nk penat2 tgu kat kedai makanan...berminit2 tapi makanan tak smpai2.... sedap xsedap lain hal lah kan...da namanya gune benda yang basic nie...xda la aku nak merasa sambal cabik kering o masak lomak cili padi... kecuali satu ko beli yang da siap masak dlm tin... a.k.a makanan segera... selama 5 hari berturut sampai hari nie lah..aku n kwn2 dok makan nasi goreng je tiap hari... naik kembang guk tekak...tapi pe nak buat itu bahagian rezeki kami... ok la kan drpd tak merasa makanan... kesian guk tgok member cam xlalu makan je... aku paham perasaan engko kwn... nie cerita periuk nasi... walhal water heater pulak..korang tau x dengan water heater terbitlah makanan yang dipanggil sandwich telur n maggie telur... fuhh!!! Sedap air tangan member aq sorg nie buat sandwich telur..siap bole bawak niaga tau... n maggie telur... nak tau telur bubuh kat bahagian mana.... bahan2 yang diperlukan adalah air dan beberapa bijik telur yg ko larat nak makan... masak air n masukkan telur dalam heater.... n nak tahu apa yang berlaku seterusnya....

Maka terbitlah bau hangus tatkala telur yang dipecahkan tersebut melekat kat bahagian besi pemanas dlm water heater tue... harum semerbak je bilik yg kitaurg duduk.. n buat prosedur memasak maggie yang slalku korg buat.... masukkan air telur rebus yang hangus tue.... maka makanlah kami maggie telur hangus resepi kecemasan tatkala perut bagi sound kecemasan time malam2.... hebat x.... aku rasa perghh cool giler....

Kalo korg o org2 di luar sana yang tak pernah duduk hostel n dok jauh di perantauan (xla jauh mana pun kan) macm aq nie yg xberkemampuan nak balik selalu... mesti korg tak pernah rasa pengalaman yang aq rasa nie kan.... kire beruntung nye kami nie... masih lg boleh merasa nikmat tempat tinggal n nikmat makanan n byk lagi yang tersurat n tersirat.... n aku sedar guk mungkin ada lg org2 yang punya pengalaman yang lebih adventurous dpd apa yang aku rasa.. tp inilah aku dan hostel life aku..... =p

Monday, January 23, 2012

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? '

Assalamualaikum w.b.t...

dah lama rasanya jari jemari nie tak menekan-nekan keyboard cik ABC (nama laptopku) mana dapat nama hehehe sebab kat belakang screen laptop nie penuh dgn abjad-abjad aksara hehehe... okeh kembali kepada tujuan, aku nak menulis nie stelah sekian lama mengeraskan jari-jemari sebab telah timbul satu ilham nak menulis.. ye dak.. kalo xde ilham xdalah tangan nie gatal nak bukak post baru..

al kisahnya..pagi tadi aku berjalan-jalan di world heritage kat Malaysia nie.. sempena cuti Tahun Baharu Cina... manalah tahu kalo dapat limau sebijik o menongkat mata tengok tarian naga o singa... (tapi ke akhirnya sebijik limau pon tak dapat) T_T...

al kisah dunia.... what is the meaning of life... sempena cuti nie aku membaca sebuah novel karya hlovate yang bertajuk "CONTENGAN JALANAN " ( sebenarnya dari dulu tak pernah teringin nak baca novel cik Hlovate nie, sebabnya tak tau kenapa..mungkin tajuk die universal sgt kot and masa tue aku minat gila kat Ramlee Awang Murshid.. so macam tak layan je novelis lain... tapi itu semua salah *jangan ikut saya ye*) bacalah seberapa banyak buku yang anda nak baca..hayati n fahami... bukan sekadar baca je..tapi xtau apa isinya macamlah yg saya selalu lakukan hahahaha kantoi... hurm makna hidup mungkin berbeza bagi setiap individu bergantung kepada pengalaman hidup dan jugak ekosistem yang di diaminya... tapi sebagai seorang Islam kita wajiblah hidup kerana Allah Taala..bukan kerana perkara lain...
mencari erti hidup bagi seseorang yang baharu nak merasa asam garam kehidupan perlulah berlandaskan aqidah dan tauhid yang diajarkan dalam seorang hidup muslim.. percaya kepada Rukun Iman dan berpegang kepada Rukun Islam... kalo hilang pegangan hilanglah pedoman... nyatanya hari ini semakin ramai umat manusia yang hilang arah dan tujuan kerana xberpegang kepada Al-quran dan sunnah... (semoga kita sentiasa berada di jalan-NYA yang lurus)

sebenarnya banyak sangat nikmat yang Allah berikan kepada kita...

'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? '

AYAT 16 : SURAH AR-RAHMAN

demikian Firman Allah dalam surah ar-Rahman... dan banyak kali di ulang dalam surah tersebut... seberapa banyak nikmat yang Allah telah berikan dalam kehidupan kita.. dan sebanyak mana kita sebagai hamba-NYA bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan...
alhamdulillah sebagai manusia aku dilahirkan cukup sifat dengan pancaindera yang lengkap.. sungguh sebanyak mana aku bersyukur???? masih punya ibu bapa, ada rumah untuk berteduh...ada masa depan yang insyaAllah dengan izin-NYA terang benderang... tapi apa yang aku lakukan untuk membuktikan aku benar-benar bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan... sudah fitrah sebagai manusia adakalanya aku lalai dalam mentafsir makna kehidupan dan terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...

sesungguhnya bagi mengubati hati yang selalu sakit banyakkanlah berzikir kepada Allah, yakni mengingati-NYA... insyaAllah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

satu kata-kata yang aku pegang.. dalam mentafsir makna hidup... untuk menanamkan rasa syukur * lihatlah sesuatu perkara yang lebih kecil daripada kita, dan jangan lihat perkara yang lebih besar * contohnya kalau kita berpuasa bayangkanlah orang-orang di negara yang sedang bergolak atau sedang dilanda kemarau yang kekurangan makanan sehingga terjadinya kebuluran dan kematian.. Allah berikan jasad yang dipinjamkan buat sementara di dunia, ada orang yang Allah xberikan nikmat mata @ tangan @ kaki dan sebagainnya... @ tiada tangan, tiada kaki, tiada pancaindera, tiada deria kecuali deria sakit...


bagaimana agaknya kita hendak bertahan dengan ujian seperti itu.. oleh itu bergembiralan kita wahai umat muhammad bahawa setiap segala sesuatu yang Allah berikan itu pasti terdapat hikmah dan pengertian yang perlu didalami n masa akan membuka segala tabir makna kehidupan itu kepada kita...

sesungguhnya sudah fitrah sebagai manusia cepat lupa.. lupa untuk bersyukur.. lupa apa itu nikmat kehidupan..lupa untuk menghargai segala sesuatu dalam kehidupan...
marilah lihat perkara yang selalu kita lakukan dalam kehidupan...




kisah 1 :
MAKAN sudah pasti semua orang pernah makan..tak kisahlah makan apa janji halal..
al kisah bermula...

agendanya bermula denganpergi kafe ambik pinggan...lap2 sikit pinggan... pergi kat tempat tong nasik... ambik senduk..kaut nasik... 1..2..senduk... 'eh macam skit je' tambah lagi... penuh satu pinggan... kaki terus melangkah tinjau2 lauk.. wah!! semua macam best je... jenguk2.. ambik ayam goreng panas2... nak yang besar...banyak isi tapi nak tulang jugak...isi je xsedap... pilih punya line da sebaris kat belakang...ok sudahla..sampai esok kang takut orang belakang bagi smash pulak... ayam da selesai.. ok agenda seterusnya... sayur... nak makan sayur ape ea.. okeh tempe sambal dengan kacang hijau... eh macam sikit sangat je ambik tak cukup nie... ambik lagi... okeh nasik da ada..lauk pun da ada... agenda seterusnya pergi bayar... tnya tauke kafe... 'berapa??'... ' ** dik ' ... dalam hati cakap


huh mahalnya.... tengok dompet..ambik dompet..bayar...pergi ke dstinasi tempat duduk yang telah di cop... duduk n makan... ops... doa makan jangan lupa... satu suap, dua suap... kunyah n telan... suap2 n suap..sehingga satu saat..kenyanglah...
tengok pinggan nasi ada lagi dua, tiga suap..ayam...n sayur bersisa lagi...
paksa jugak makan.... huh!! tak larat... ok stop... pandang kesian je kat nasik... tapi da x larat nak makan... apa yang terjadi seterusnya....... ****

berdiri, angkat kaki melangkah ke tong sampah... makanan berbaki tadi ku buang dalam tong sampah...

*THE END*

pernahkah kejadian di atas berlaku pada anda.... kisah tersebut adalah kisah aku... dan beberapa kali jugak lah akulakukan perkara tersebut berlaku... betapa ketika itu nafsu makan tahap xingat... astagfirullahalazim...
oleh itu sebagai pengajarannya... daripada kisah di atas.... ingatlah makan mengikut keperluan bukan ikut nafsu... makan kerana Allah...

dan ingatlah bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan sentiasa bersederhana dalam kehidupan... ramai lagi umat-umat di luar sana kelaparan sehingga terpaksa makan sisa makanan yang kita lemparkan... tanamkan dalam minda makan sekadar keperluan...membazirkan amalan syaitan...
hasilnya insyaAllah kita akan jadi hamba yang senantiasa bersyukur dan badan pun cergas otak pun sihat... insyaAllah...


sumber gambar :

http://www.newstimeafrica.com/wp-content/uploads/2009/12/Kenya-Drought-Effects-of-Climate-Change.jpg


"Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu beruntung." (Al-A'raf 7:69).

Dan seseungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: " bersyukurlah kepada Allah. dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka seya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang kufur (tidak bersyukur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Lukman :12).








Saturday, April 23, 2011

alangkah indahnya dunia

ini hasil yang pertama

hasil ketiga



chang!!!

assalamualaikum w.b.t.... satu lagi hari yang sangat indah...
aku harap setiap hari aku akan menjadi seoarng yang lebih menghargai kehidupan....
bermulanya al-kisah :
bahawa sekarang aku da ada satu hobi yang masih baharu lagi... hehehe iaitu mengait atau cakap omputihnya knitting, nak dijadikan cerita suatu hari aku tengok We Got Married YongSeo Couple iaitu pasangan favorite aku dalam show tue.... oleh sebab dalam episod tue dyurg da nak berpisah so one day YOng Hwa bagi la kat Seo Hyun satu skarf yang kononnya dia buat sendiri (realiti xtaulah coz artis kan biasanya Busy)...
so aku sngat la tertarik dan dengan lajunya aku carikla video kat youtube cara2 macam mane nak buat knitting nie... n carik jugak buku kat pusat sumber... tapi realitinya video lebih banyak membantu dalam nak memulakan kerja "gila" aku nie... coz masa aku start buat benda alah nie..banyak lagi assignment yg kene aku buat... dengan xcitednya nak buat karya seni aku sendiri dan jugak kerja2 yang tak selesai lagi...dengan terujanya aku startla mengait...namun berkali2 jugak la aku tgok video tue... Fuh alangkah susahnya nak tangkap step yang mak cik tue tunjuk dalam video... namun oleh sebab hangat2 tahi ayam tue tak menguasai diri aku lagi... oleh itu berjayanya aku memulakan 'kerja' ku mengait...wah....!!!!! aku tak sangka aku boleh buat... hehehhehe... tapi yang peliknya kaitan yang aku buat tue tak menjadik sebagaimana yang aku tgok dalam video....

ha'ah lupa pulak mula2 masa nak buat nie..aku beli la benang kait dan juga kayu untuk mengait tapi benda alah tue semua susah betul nak carik... jumpa2 pon alatan yang digunakan tak sama dengan ape yg dalam video..so aku start la carik kat internet mana nak beli alatan utuk knitting iaitu kayu buluh tu...lastly ada satu blog yang mention nak cari benda tue kat kedai Daiso.. (kedai nie jual barangan jepun n semuanya berharga RM5) alhamdulillah dapat aku menapak kat kedai tue..dan barangan untuk aku mengait sudah lengkap untuk langkah permulaan...heheheh .

setelah tiga kali percubaan lastly aku dapat detect macam mane nak buat knitting dengan cara yang betul.... Lastly.... yuhuuuuu!!!!!

Thursday, March 31, 2011

kyahhhhhhhhhhhhh..............















yuhu................

assalamualaikum w.b.t....

fuh....satu kelegaan apabila beberapa esaimen yang perlu dibereskan dah siap dihantar dalam minggu nie... n sekarang tinggal lagi tiga esaimen yang perlu dibereskan.... perasaan sangat seronok bila kerja dapat disiapkan... tapi perasaan tue ibarat berada separuh kepala tenggelam di dalam air... tapi dalam masa nak siapkan esaimen nie aku sempat lagi melagha dengan pelbagai benda salah satunya aku sempat habis 16 episode kdrama iaitu secret garden,.... hahahaha cayalah....
gara-gara addicted dengan kdrama n jdrama sanggup aku bersengkang mata.... sebenarnya bila ada drama2 baru yang muncul aku cuba jugak tak nak tengok tapi adalah satu kerugian kalo tak tgok... (ntahla susah nak huraikan dengan perkataan)..... heheheh pape pon suke sangat dengan hyun bin.... dalam playlist aku kat sebelah nie ada lagu ost yang hyun bin nyanyi tajuk die that man... silalah gatal2kan jari untuk tekan... hehehehe................

*Ya Allah aku mohon kepada-Mu bantulah aku dalam menghalang diri dalam melakukan perkara yang sia-sia *

Monday, March 28, 2011

















assalamualaikum w.b.t

Perjalanan sebagai seorang pelajar dan juga bakal guru banyak cabarannya.... pada saat nie aku rasa macam nak mengeluh ja... tapi mengeluh tue menandakan seperti kita berputus asa atau bosan dengan apa yang kita hadapi tapi bagai aku mengeluh tue dapat mengurangkan rasa stress tapi lain pulak pandangan org yang mndgar... bagaimana kalau hidup tapi kita xnak @ xmahu dengar pendapat orang lain dengan alasan kita tahu apa yang kita buat... dan itu adalah kehidupan kita...so lantaklah aku nak buat apa...
oh no!!!!!

tapi jika pandangan orang tu sebenarnya xtepat dengan apa yg kita lakukan jalannya disini adalah aku sering mengendahkannya... tp kadang2 rasa tension jugak sebab apa yg org pandang tentang kita adalah salah...
aku sangat2 rindukan familli sekarang da masuk 3 bulan aku xballik rumah... (T_T) xpe kuatkan semangat kerana bila lagi aku nak merasa hidup macam nie... inilah peluangnya untuk mencari pengalaman hidup sebanyak2nya....
banzai..

YA ALLAH aku sedar sebagai hamba-Mu aku banyak berbuat dosa maka ampunilah aku YA RABBI sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun... iman seseorang itu seperti pasang surutnya air di lautan... aku mohon kepada-Mu YA ALLAH berikan aku kehidupan yang diredhai di dunia dan di akhirat... kuatkanlah semangatku untuk menentang segala godaan dunia... jauhilah aku dari mendekati perkara-perkara yang boleh merendahkan martabatku sebagai hamba-Mu.. lindungilah aku YA ALLAH...

Sunday, May 9, 2010

aku ingin pulang


hari ini merupakan hari ibu...sangat bermakna di mana pada hari inilah kami adik-beradik kebiasaannya akan berkumpul beramai-ramai untuk menyambut hari ibu... bukan sambutan sperti apa hanya makan malam beramai-ramai dengan semua part of my family..dengan mak dan ayah tersayang... berkumpul beramai2 bukan boleh selalu dilakukan terutamanya kerana semua anak2 mak n ayah sibuk dengan kehidupan dan keluarga masing2..

tadi aq baru je kol mak..rindu sangat kat mak...dah lama x jumpa dalam hati rasa sedih tak terkata tapi dengan mendengar suara mak sedikit lah hati nie dapat diubati... macam mana keadaan mak kat sna...kurus ke...sihat ke ...sakit ke...penat ke...kalo kita tak nampak depan mata mak kita susah kita nak tau mak kita nie macam mana keadaannya...mak...mak..mak barulah bapak...
pengorbanan dan kesabaran sudah semestinya tak dapat nak dibalas dan ditandingi... semoga mak selalu diberikan kesihatan yang baik..terhindar dari segala musibah...sihat sentiasa.. Ya Allah adakah aku anak yang solehah untuk kedua orang tuaku???

"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." surah al-Ahqaaf ayat 15