assalamualaikum w.b.t
subhanallah rupa-rupanya masa yang dijanjikan 5 1/2 tahun itu, insyaAllah bakal berakhir. pelbagai suka duka yang telah dilalui antara percaya dan tidak, waktu sekarang ni, aku dan rakan-rakan banyak mengimbau kembali kenangan-kenangan, aktiviti, program yang telah kami lakukan sepanjang bergelar pelajar. Subhanallah, tanpa disangka rupanya terlalu banyak aktiviti luar yang mencabar telah berjaya kami hadapi. siapa sangka kannn... <3 .="" p="">
3>
kalau nak diceritakan memang terlalu banyak, camping, BIG, kajian lapangan, panjat bukit, naik jambatan gantung, rapid, jungle trekking, berakit, berkayak, masakan rimba, gotong-royong, banyak lagi la... kalau ak senaraikan memang lenguh la tangan ni nak menaip... sungguh rindu saat-saat, zaman muda-mudi sebab waktu tu, banyak sangat aktiviti luar yang boleh dilakukan namun bila dah meningkat dewasa ni, aktiviti luar semakin ditinggalkan semua ditumpukan untuk pengukuhan pedagogi pulak bukan hnya secara teori bahkan jugak secara amali dengan pbs, praktikum dan internship...
bercerita pasal, penglaman berada disekolah sedikit sebanyak buatkan aku jatuh cinta dengan profesion ni... pada pendapat aku hanya segelintir guru yang boleh aku jadikan rol model, kebanyakkan aku lihat xkena... mungkin pengalaman mereka mendewasakan mereka dengan cara tersendiri di sekolah... aku mohon pada-MU Ya Allah, jadikanlah aku seorang guru yang mendidik generasi muda hanya kerana-MU jadikanlah aku cekal dan tabah dalam menghadapi semua rintangan dan cabaran yang melanda... bantu aku dalam menyingkap semua hikmah yang telah Engkau berikan kepadaku..
0 comments:
Post a Comment