assalamualaikum w.b.t
satu tinta luahan rasa, pencerita duka...
Ya Allah hari ini aku rasa suatu perasaan yang sangat asing, rasa penuh debaran yang aku sendiri tak tahu mengapa dan kenapa... namun kini ada sesuatu perkara yang membuat aku rasa sangat bersalah dan tak tenang.. semuanya tentang dosa terhadap manusia.
Kalau kita rasa bersalah kepada Maha Pencipta kita boleh minta terus kepada dia, tapi kalau rasa bersalah pada manusia, kita juga boleh minta terus kepada dia, tapi mungkin banyak halangan. Pada aku halangan yang terbesar adalah ego. *Rasa aku tak bersalah, engkau yang bersalah*
Sekarang situasi yang aku hadapi, aku sememangnya rasa bersalah pada kawan aku yang seorang ni, tapi aku tak tahu macam mana cara nak minta maaf pada dia. Situasi bermula sebab aku bengang dengan dia, sebab dia baling beg ke muka aku. Situasi dan peristiwa yang aku tak sangka, sebab dia pernah cakap yang dia tak suka orang main kepala dia, dan aku tak nafikan aku selalu jugak la tujal kepala dia walaupun tak sengaja dan kadang kala tu sengaja..but mostly adalah tak sengaja coz mungkin masa tu rasa geram atau puas hati.
Jika nak diceritakan terlalu banyak perkara yang pernah aku gaduhkan dan aku seorang yang bukan suka hendak melayan karenah orang lain. Kalau aku tak suka memang aku akan layan dengan ala kadar dan memang akan tunjuk muka tak suka.. tapi antara aku dan dia, banyak juga perkara yang aku ceritakan terutamanya hal-hal berkaitan dengan perasaan dan pelajaran.
Aku dan dia tak pernah lari dari bersama, dari kerja-kerja assigment dan praktikum semuanya aku banyak lakukan dengan dia.
Dalam masa itu, terlalu banyak, sangat banyak konflik yang terjadi antara aku dan dia, aku rasakan sebab sikap aku sendiri semua masalah itu berlaku. AKU EGO. Aku bukan jenis orang yang suka mengaku kesalahan sendiri, terutamanya apabila aku dengan dia. Ada waktu-waktu yang aku sedar aku berbuat salah, namun aku keras untuk tak nak ucapkan kata maaf. Kalaulah aku boleh jadi orang yang lebih bersabar, lebih mudah melayan karenah orang lain, lebih mudah ungkapkan kata maaf dan mudah mengaku kesalahan sendiri dan semua itu, kalaulah ia berlaku.. Merupakan satu kejayaan terbesar sebab berjaya merobohkan tembok ego.
Berbalik cerita asal yang sebenarnya aku mahu coretkan, perasaan debar yang aku tak tahu dari mana datangnya pada waktu maghrib tadi. Aku terfikir mungkin sebab sekarang aku telah berbuat dosa pada manusia. Aku rasakan aku berdosa kerana buatkan kawan-kawan aku juga tak bertegur sapa dengan dia, disebabkan oleh peristiwa baling beg.
Sungguh bila aku dah post di facebook tentang cerita itu :
Barulah aku terfikir, dan menyesal tindakan aku yang terlalu emosi dan tak redha dengan apa yang berlaku. OK, apa yang dia buat itu memang tak wajar dan memalukan diri dia sendiri dan semangnya aku juga malu, wajah aku tak tau nak sorok kat mana.. sebab berlaku di hadapan kawan-kawan lain.
Aku rasa bersalah kerana sebab aku hampir satu classmate tahu masalah aku dengan dia, disebabkan oleh post tu ^. kalaulah aku tak sewenang menulis apa yang berlaku kat khalayak.. mungkin aku tak rasa bersalah macam ni dengan dia.. Ya Allah kau runtuhkanlah tembok keegoan ku agar mudah aku meminta maaf pada dia..
0 comments:
Post a Comment