BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 29, 2013

tahun akhir

assalamualaikum w.b.t

subhanallah rupa-rupanya masa yang dijanjikan 5 1/2 tahun itu, insyaAllah bakal berakhir. pelbagai suka duka yang telah dilalui antara percaya dan tidak, waktu sekarang ni, aku dan rakan-rakan banyak mengimbau kembali kenangan-kenangan, aktiviti, program yang telah kami lakukan sepanjang bergelar pelajar. Subhanallah, tanpa disangka rupanya terlalu banyak aktiviti luar yang mencabar telah berjaya kami hadapi. siapa sangka kannn... <3 .="" p="">

kalau nak diceritakan memang terlalu banyak, camping, BIG, kajian lapangan, panjat bukit, naik jambatan gantung, rapid, jungle trekking, berakit, berkayak, masakan rimba, gotong-royong, banyak lagi la... kalau ak senaraikan memang lenguh la tangan ni nak menaip... sungguh rindu saat-saat, zaman muda-mudi sebab waktu tu, banyak sangat aktiviti luar yang boleh dilakukan namun bila dah meningkat dewasa ni, aktiviti luar semakin ditinggalkan semua ditumpukan untuk pengukuhan pedagogi pulak bukan hnya secara teori bahkan jugak secara amali dengan pbs, praktikum dan internship...

bercerita pasal, penglaman berada disekolah sedikit sebanyak buatkan aku jatuh cinta dengan profesion ni... pada pendapat aku hanya segelintir guru yang boleh aku jadikan rol model, kebanyakkan aku lihat xkena... mungkin pengalaman mereka mendewasakan mereka dengan cara tersendiri di sekolah... aku mohon pada-MU Ya Allah, jadikanlah aku seorang guru yang mendidik generasi muda hanya kerana-MU jadikanlah aku cekal dan tabah dalam menghadapi semua rintangan dan cabaran yang melanda... bantu aku dalam menyingkap semua hikmah yang telah Engkau berikan kepadaku..


Sunday, April 28, 2013

tembok ego

assalamualaikum w.b.t

satu tinta luahan rasa, pencerita duka...

Ya Allah hari ini aku rasa suatu perasaan yang sangat asing, rasa penuh debaran yang aku sendiri tak tahu mengapa dan kenapa... namun kini ada sesuatu perkara yang membuat aku rasa sangat bersalah dan tak tenang.. semuanya tentang dosa terhadap manusia. 

Kalau kita rasa bersalah kepada Maha Pencipta kita boleh minta terus kepada dia, tapi kalau rasa bersalah pada manusia, kita juga boleh minta terus kepada dia, tapi mungkin banyak halangan. Pada aku halangan yang terbesar adalah ego. *Rasa aku tak bersalah, engkau yang bersalah*

Sekarang situasi yang aku hadapi, aku sememangnya rasa bersalah pada kawan aku yang seorang ni, tapi aku tak tahu macam mana cara nak minta maaf pada dia. Situasi bermula sebab aku bengang dengan dia, sebab dia baling beg ke muka aku. Situasi dan peristiwa yang aku tak sangka, sebab dia pernah cakap yang dia tak suka orang main kepala dia, dan aku tak nafikan aku selalu jugak la tujal kepala dia walaupun tak sengaja dan kadang kala tu sengaja..but mostly adalah tak sengaja coz mungkin masa tu rasa geram atau puas hati.

Jika nak diceritakan terlalu banyak perkara yang pernah aku gaduhkan dan aku  seorang yang bukan suka hendak melayan karenah orang lain. Kalau aku tak suka memang aku akan layan dengan ala kadar dan memang akan tunjuk muka tak suka.. tapi antara aku dan dia, banyak juga perkara yang aku ceritakan terutamanya hal-hal berkaitan dengan perasaan dan pelajaran. 
Aku dan dia tak pernah lari dari bersama, dari kerja-kerja assigment dan praktikum semuanya aku banyak lakukan dengan dia. 

Dalam masa itu, terlalu banyak, sangat banyak konflik yang terjadi antara aku dan dia, aku rasakan sebab sikap aku sendiri semua masalah itu berlaku. AKU EGO. Aku bukan jenis orang yang suka mengaku kesalahan sendiri, terutamanya apabila aku dengan dia. Ada waktu-waktu yang aku sedar aku berbuat salah, namun aku keras untuk tak nak ucapkan kata maaf. Kalaulah aku boleh jadi orang yang lebih bersabar, lebih mudah melayan karenah orang lain, lebih mudah ungkapkan kata maaf dan mudah mengaku kesalahan sendiri dan semua itu, kalaulah ia berlaku.. Merupakan satu kejayaan terbesar sebab berjaya merobohkan tembok ego. 

Berbalik cerita asal yang sebenarnya aku mahu coretkan, perasaan debar yang aku tak tahu dari mana datangnya pada waktu maghrib tadi. Aku terfikir mungkin sebab sekarang aku telah berbuat dosa pada manusia. Aku rasakan aku berdosa kerana buatkan kawan-kawan aku juga tak bertegur sapa dengan dia, disebabkan oleh peristiwa baling beg.
Sungguh bila aku dah post di facebook tentang cerita itu :



Barulah aku terfikir, dan menyesal tindakan aku yang terlalu emosi dan tak redha dengan apa yang berlaku. OK, apa yang dia buat itu memang tak wajar dan memalukan diri dia sendiri dan semangnya aku juga malu, wajah aku tak tau nak sorok kat mana.. sebab berlaku di hadapan kawan-kawan lain.

Aku rasa bersalah kerana sebab aku hampir satu classmate tahu masalah aku dengan dia, disebabkan oleh post tu ^. kalaulah aku tak sewenang menulis apa yang berlaku kat khalayak.. mungkin aku tak rasa bersalah macam ni dengan dia.. Ya Allah kau runtuhkanlah tembok keegoan ku agar mudah aku meminta maaf pada dia.. 

Tuesday, March 26, 2013

behind a draw...

assalamualaikum w.b.t

hari ini rasa semacam je sedihnya..
teringat seorang budak special need ni yang dah pindah keluar seminggu sebelum cuti bulan 3 ni..

huwaaaa... 
ada something nak share meaning behind this drawing by this child and a little bit touch up by me.. his teacher


this is the picture that drawn by him.. nice huh!

di sebalik gambar ini..mungkin something prediction yang aku boleh share..
from his background, mak ayah die da bercerai dan dia duduk kat home a.k.a rumah kebajikan..

maybe sebab duduk jauh dengan parents die aq rasa mcm die kurang kasih sayang..
maybe sebab tu dia selalu buat perangai bila pagi kat sekolah, bila ppm minta dia makan ubat untuk kawal ADHD..

satu lagi masa minggu2 awal praktikum, aku pernah baca dia punya karangan tajuk die kalo x silap.. cita-cita saya.
alhamdulillah dia ada cita-cita nak jadi saintis.. wish ur dream come true child..
walaupun dia ni dalam kategori special needs tapi dia agak bijak dalam pelajaran dan masuk separa inklusif kat sekolah..
aku berharap one day kalo die ambik UPSR, doakan die dapat 5A dalam UPSR..

dalam karangan tu, die ada sebut yang dia tahu diri die "orang kurang upaya" tapi dalam kekurangan die, aku nampak ada cita-cita tinggi yang die boleh gapai dengan usaha.

Ya Allah, tersangatla sedih lepas baca karangan yang dia tulis, dan masa tu partner praktikum aku pun ada sekali, rasa nak meleleh air mata masa tu, tapi apala kata budak2 kalo cikgu nangis depan dia, terpaksa la tahan dalam kesayuan..

"cikgu, doakan semoga cita-cita awak berjaya digapai dan jadi anak yang berbakti kepada ibu bapa, dan yang penting jangan lupakan cikgu.." hehee :-)

nak cerita pasal gambar tu sbenarnya tapi da melalut pulak, cikgu ni..

ada rumah, ada kereta maybe he wish to have a perfect family like other child kan.. wish to live with his parent, penilihan warna jugak menggambar siapa dia sebenarnya..boleh agak x apa race dia...hehehe...

ada kereta maybe, boleh pergi mana2 dan wish xterkongkong dengan hidup...

Lastly, hope u will be fine in a new environment, new school, new friends, new teachers, don't naughty, behave urself.. be a good boy..

hope ur dream will come true one day...
my lovely student, name S too..





Saturday, March 23, 2013

musim cuti bermula dan ini bermakna ******

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke hari ini...

sedar tak sedar sebenarnya dah hampir 5 tahun aku menetap di IPG ni..
satu perkara yang unexpected sebenarnya sebab bila zaman sekolah xda la one day wonder nak jd seorang GURU @ CIKGU...

sekarang bermula cuti pertengahan semester bulan 3 2013.
dan sekarang berada di IPG, di blok kediaman dan berkemungkinan seorang diri dengan beratus2 bilik kosong. maybe..sebab aku xdngar pon suara org buka pintu or walking around dkt luar.

tajuk sperti di atas..bila musim cuti baru la aku teringin nak menjenguk blog ni.. usianya seperti usia aku di IPG ni. lama tp nothing much to be proud of.. cuma sekadar tulisan biasa2 utk tatapan aku di hari muka.. bila terfikir sayang jugak x rajin menulis n update blog ni dr dulu tapi aku pon xda la berbakat sangat dalam menulis ni..

hurm.. semalam dan hari ini, satu penghijrahan yang agak drastik juga la..
dari rumah sewa ke IPG then kwn telefon katenye suruh temankan dia di rumah sewa dia pulak  malm tdi.. that jo done..then kembali pula ke IPG bermalam di sini.. then esok pg pulak ke tangkak, atas ajakan kwn yg comel lote... 

sebenarnya ada sedkit penyesalan di sini, kenapa aku x pergi cari tiket awal2 nak blik ke Kuching ???$$$%%%&^*&^%^

aku pun xfaham kenapa aku xpergi cek sedangkan harga tiket tersangatlah murah dengan adanya airways baru ***malindo air*** just 189 je two ways.... syag seribu kali syg..
xpelah...aku pun xmo amek risiko... xpayah la blik cuti ni... byk kot bnda yg ko boleh buat wpun ko x balik  rumah... tapi rindu..

huhuhuhuhu TTTTT_____TTTTTT
yg penting sekrg kenala rajin2kan diri pergi tengok harga tiket... tau.. sebab da byk pilihan 
so ape lagi.. my big dreams one day bile aq da kerja aq nak pg merantau satu dunia..nak p  bag pack hehehe..
sekian, adios
wassalam :)



Monday, November 5, 2012

pemanasan jari jemari

assalamualaikum w.b.t... dah beberapa bulan x menulis... aku sebenarnya xda la rasa rindu nak menulis cuma tetibe ada something pulak nak dicoretkan...

sekarang dah masuk bulan november dan beberapa hari lg tamat semester 6 (2012) nie.. sesungguhnya banyk sangat pengalaman yang telah kau tempuhi sepanjang sem 6 yang x dinafikan memang amat berwarna-warni dan mencoretkan seribu banyak pengalaman yang manis dan pahit. 

Wednesday, January 25, 2012

aku dan hostel's life...

Aku dan hostel life....

Assalamualaikum w.b.t ... bermula lagi satu coretan dari rempah ratus pengalaman hidup aku... satu minggu cuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina... tinggallah aku dan rakan-rakan yang jauh di perantauan menjadi penghuni setia asrama... syukur ada tempat berlindung.... walaupun sedih n rasa kekosongan bila melihat orang lain dengan gembiranya meninggalkan asrama tapi xpe ini bahagian aku nak merasa pengalaman ni... coz bila lagi nak rasa kan... nikmatilah hidup selagi mana kamu hidup.... bilangan manusia yang tinggal di asrama nie boleh kira dengan jari-jemari... syukur ada geng budak2 silat yang nak berjuang demi IPG nanti berlatih siang n malam... dia urg nie korbankan cuti utk berlatih pertandingan silat antara budak2 IPT seluruh MALAYSIA.... wpun masih baharu lagi aku doakan korang berjaya.... gambate!!!!!

Dengan bertemankan kawan dak s’wak n dak sabah....kami bertiga menjalani sesi kehidupan cuti selama 9 hari di hostel macam tahun2 lepas... tahun lepas rasanya macam lagi sunyi coz kalo x salah hanya 4 org je yang duk kat hostel tapi tahun nie agak ramai jugak yang tak balik o yang balik awal atas sebab musabab tertentu.... sape kata kturn xbosan... bosanlah....tapi apa nak buat terpaksa... nak duduk rumah org kami malu la..... n ada sebab2 tertentu xnak duk rumah org... tet*****....

Selalunya masa cuti apa agenda yg budak2 macam aku nie selalu buat :

A. A. Buat tugasan

B. B. Tido zzzzz....

C. C. Melepak

D. D. Jalan-jalan

Antara empat jawapan tu mana satu agaknya yg paling random aku buat.... hahahahaha teka lah sampai tahun depan....

Macam2 sebenarnya pengalaman, keseronokan n ketakseronokan bila duduk seminggu tanpa manusia2 yang ramai nie... kita bincang bab seronok dulu..... seronok bila ko nak mandi xyah nak berebut bilik air o tandas... sebab satu aras ko sorang je yng duduk.... seronok bila ko nak masak ***kantoi*** tanpa perlu main sorok2 ngan orang sekeliling... seronok bila pagi2 lepas subuh ko bole tido balik puas2... ( TAK ELOK LA TIDO LEPAS SUBUH NANTI REZEKI SUSAH NAK MASUK) he...... senyum kambing... seronok sebab bila ko bangun tido masa time cuti raya cina nie... rumah cina kat depan tingkap 3 hari berturut panggil dak naga n dak singa dia buat tarian depan rumah..bole tgok free tnpa penat2 nak bersesak2 dengan org... tgok kat dalam bilik je... xke best tue.... tapi die punya gendang n pinggan besi (sebenarnya aku tak tau pe nama dia) dyurg tue memekakkan telinga pagi2 siap bole jadi alarm ko bile ko terlajak tido.... da tue tradition dyurg kan.... terima seadanya.... perlu ada toleransi dlm mengamalkan kepercayaan masing2 tapi bukan bersikap liberal dalam mengamalkan agama... agama yang suci n murni perlu diamalkan mengikut landasan syariat yang telah diajari oleh utusan nabi akhir zaman Nabi Muhammad S.A.W.... ok lagi2.. seronok bila ko pergi bilik tv takde org yang jenguk selain ko... kedudukan remote n kerusi in the same side n position dari malam sampai pagi esoknya bila ko dtg lagi.... bab seronok.... dah habis kot...

bab yang tak seronok pulak.... tak seronok bila ko rasa empty.... satu feeling yg bile ko xnampak org.... aku je kot paham... tak seronok bila ko sorg2 n ko fikir filem2 horror or cerita thriller yg ko pernah tgok or dengar dri mulut org... tak seronok bila ko kelaparan tahap sampai pening2 kepala... tak seronok bila time2 cuti tahun baharu cina nie ko tengah pokai tahap gaban...

Okeh udah selesai bincang bab seronok n tak seronok.... bila aku fikir bosan memang lah bosan jadiknya... bila aku fikir takut dengan **** dan **** tapi mintaklah perlindungan dari Allah kerana DIA yang menciptkan segala sesuatu.... xyah dok fkir takut sgt..kuatkan hati... member pernah tanya ‘ko tak takut ke??’ n aku jawap ‘takut la sape kata x takut’ pastu dlm hati ckap ALLAH kan ada... DIA sebenarnya yang kita berhak untuk takuti melebihi dari segala-galanya... tapi aku sebagai manusia yang jahil lagi lemah nie..... mampu berserah segalanya kepada kehendak-NYA.... tapi ko jangan lah mintak benda yang bukan2 pulaksss.... kan....

Okeh nak cerita satu benda interesting...al kisah brgan elektrik serba guna.... ko nak masak kat hostel perlu dua benda je utk memasakkan makanan bagi ko tak kelaparan musim cuti....

1. 1. Periuk nasi

2. 2. Water heater

Dengan dua benda nie.... ko nak masak ape... ko masklah... dengan keyword n formula kesabaran n skills dlm menggunakan dua benda nie makalah kenyanglah engko xpyh nk penat2 tgu kat kedai makanan...berminit2 tapi makanan tak smpai2.... sedap xsedap lain hal lah kan...da namanya gune benda yang basic nie...xda la aku nak merasa sambal cabik kering o masak lomak cili padi... kecuali satu ko beli yang da siap masak dlm tin... a.k.a makanan segera... selama 5 hari berturut sampai hari nie lah..aku n kwn2 dok makan nasi goreng je tiap hari... naik kembang guk tekak...tapi pe nak buat itu bahagian rezeki kami... ok la kan drpd tak merasa makanan... kesian guk tgok member cam xlalu makan je... aku paham perasaan engko kwn... nie cerita periuk nasi... walhal water heater pulak..korang tau x dengan water heater terbitlah makanan yang dipanggil sandwich telur n maggie telur... fuhh!!! Sedap air tangan member aq sorg nie buat sandwich telur..siap bole bawak niaga tau... n maggie telur... nak tau telur bubuh kat bahagian mana.... bahan2 yang diperlukan adalah air dan beberapa bijik telur yg ko larat nak makan... masak air n masukkan telur dalam heater.... n nak tahu apa yang berlaku seterusnya....

Maka terbitlah bau hangus tatkala telur yang dipecahkan tersebut melekat kat bahagian besi pemanas dlm water heater tue... harum semerbak je bilik yg kitaurg duduk.. n buat prosedur memasak maggie yang slalku korg buat.... masukkan air telur rebus yang hangus tue.... maka makanlah kami maggie telur hangus resepi kecemasan tatkala perut bagi sound kecemasan time malam2.... hebat x.... aku rasa perghh cool giler....

Kalo korg o org2 di luar sana yang tak pernah duduk hostel n dok jauh di perantauan (xla jauh mana pun kan) macm aq nie yg xberkemampuan nak balik selalu... mesti korg tak pernah rasa pengalaman yang aq rasa nie kan.... kire beruntung nye kami nie... masih lg boleh merasa nikmat tempat tinggal n nikmat makanan n byk lagi yang tersurat n tersirat.... n aku sedar guk mungkin ada lg org2 yang punya pengalaman yang lebih adventurous dpd apa yang aku rasa.. tp inilah aku dan hostel life aku..... =p

Monday, January 23, 2012

eodumi geochigo huimihan jomyeongi hana dul kkeojideon jogeum

chagawotdeon saebyeok

neomu neujeotdago bochaeneun neoreul bomyeo ilbureo meolli

doragatdeon iksukhaetdeon gil

*dan han beondo neo eomneun naega doel geora jamsirado saenggak

motaesseo

sigani heureumyeon amu il eobseotdeusi gieokhaji mot hago da

ichyeojigetji

ajikdo gakkeumssik cheoeum naege dagawa immatchudeon neol itji mot hae chajaganeun gil
eojjeoda uyeonhi neon geu goseul geotge doemyeon jamsi meomchwo useo neomgigo gadeon gireul jaechokhalkka

*Repeat

namjadapge malhaji mot han sujubeotdeon naui gobaege
joyonghi naege dagawaseo gidaeodeon nega neomu geuriwo dasi doragago sipeo

yeongwonira mideotdeon jeonbuyeotdeon neol geuri swipge jiul su eobseo
eonjenganeun sigani heureumyeon oraedoen ilgicheoreom jamsinama miso jitgo maneun
yeolbyeongieotdago chueokhamyeo nan sal su isseulkka

Translation

The darkness is lifted, The dim illuminations which slowly turned off, the daybreak which felt a bit cold.
As I watched over you whine saying “it’s too late”, The familiar long road we purposefully took as we returned home.

*I couldn’t think, for even one moment, that there would be a time when I
would be without you.

But as time flows, it will be as if nothing happened and we wont be able to

recollect.


I still… time to time, I remember the time when I first approached you and kissed you…

and I can’t forget, so I find myself traveling the familiar road once more.

If by chance, we meet on this road, will you pause and smile for a second and rush by?


*I couldn’t think, for even one moment, that there would be a time when I
would be without you.

But as time flows, it will be as if nothing happened and we wont be able to recollect.

At my shy confession which I couldn’t say like a man.

You quietly stepped over to me and embraced me. I yearn for you… I

want to go back.

I believed in eternity, I can’t easily forget about you who made up my life.

But as time flows, as if I’m reading an old diary, I’ll smile for a moment and pass it off…

Will I be able to live again reminiscing, thinking tha it was just a momentary fever.