BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 23, 2012

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? '

Assalamualaikum w.b.t...

dah lama rasanya jari jemari nie tak menekan-nekan keyboard cik ABC (nama laptopku) mana dapat nama hehehe sebab kat belakang screen laptop nie penuh dgn abjad-abjad aksara hehehe... okeh kembali kepada tujuan, aku nak menulis nie stelah sekian lama mengeraskan jari-jemari sebab telah timbul satu ilham nak menulis.. ye dak.. kalo xde ilham xdalah tangan nie gatal nak bukak post baru..

al kisahnya..pagi tadi aku berjalan-jalan di world heritage kat Malaysia nie.. sempena cuti Tahun Baharu Cina... manalah tahu kalo dapat limau sebijik o menongkat mata tengok tarian naga o singa... (tapi ke akhirnya sebijik limau pon tak dapat) T_T...

al kisah dunia.... what is the meaning of life... sempena cuti nie aku membaca sebuah novel karya hlovate yang bertajuk "CONTENGAN JALANAN " ( sebenarnya dari dulu tak pernah teringin nak baca novel cik Hlovate nie, sebabnya tak tau kenapa..mungkin tajuk die universal sgt kot and masa tue aku minat gila kat Ramlee Awang Murshid.. so macam tak layan je novelis lain... tapi itu semua salah *jangan ikut saya ye*) bacalah seberapa banyak buku yang anda nak baca..hayati n fahami... bukan sekadar baca je..tapi xtau apa isinya macamlah yg saya selalu lakukan hahahaha kantoi... hurm makna hidup mungkin berbeza bagi setiap individu bergantung kepada pengalaman hidup dan jugak ekosistem yang di diaminya... tapi sebagai seorang Islam kita wajiblah hidup kerana Allah Taala..bukan kerana perkara lain...
mencari erti hidup bagi seseorang yang baharu nak merasa asam garam kehidupan perlulah berlandaskan aqidah dan tauhid yang diajarkan dalam seorang hidup muslim.. percaya kepada Rukun Iman dan berpegang kepada Rukun Islam... kalo hilang pegangan hilanglah pedoman... nyatanya hari ini semakin ramai umat manusia yang hilang arah dan tujuan kerana xberpegang kepada Al-quran dan sunnah... (semoga kita sentiasa berada di jalan-NYA yang lurus)

sebenarnya banyak sangat nikmat yang Allah berikan kepada kita...

'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? '

AYAT 16 : SURAH AR-RAHMAN

demikian Firman Allah dalam surah ar-Rahman... dan banyak kali di ulang dalam surah tersebut... seberapa banyak nikmat yang Allah telah berikan dalam kehidupan kita.. dan sebanyak mana kita sebagai hamba-NYA bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan...
alhamdulillah sebagai manusia aku dilahirkan cukup sifat dengan pancaindera yang lengkap.. sungguh sebanyak mana aku bersyukur???? masih punya ibu bapa, ada rumah untuk berteduh...ada masa depan yang insyaAllah dengan izin-NYA terang benderang... tapi apa yang aku lakukan untuk membuktikan aku benar-benar bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan... sudah fitrah sebagai manusia adakalanya aku lalai dalam mentafsir makna kehidupan dan terlupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...

sesungguhnya bagi mengubati hati yang selalu sakit banyakkanlah berzikir kepada Allah, yakni mengingati-NYA... insyaAllah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

satu kata-kata yang aku pegang.. dalam mentafsir makna hidup... untuk menanamkan rasa syukur * lihatlah sesuatu perkara yang lebih kecil daripada kita, dan jangan lihat perkara yang lebih besar * contohnya kalau kita berpuasa bayangkanlah orang-orang di negara yang sedang bergolak atau sedang dilanda kemarau yang kekurangan makanan sehingga terjadinya kebuluran dan kematian.. Allah berikan jasad yang dipinjamkan buat sementara di dunia, ada orang yang Allah xberikan nikmat mata @ tangan @ kaki dan sebagainnya... @ tiada tangan, tiada kaki, tiada pancaindera, tiada deria kecuali deria sakit...


bagaimana agaknya kita hendak bertahan dengan ujian seperti itu.. oleh itu bergembiralan kita wahai umat muhammad bahawa setiap segala sesuatu yang Allah berikan itu pasti terdapat hikmah dan pengertian yang perlu didalami n masa akan membuka segala tabir makna kehidupan itu kepada kita...

sesungguhnya sudah fitrah sebagai manusia cepat lupa.. lupa untuk bersyukur.. lupa apa itu nikmat kehidupan..lupa untuk menghargai segala sesuatu dalam kehidupan...
marilah lihat perkara yang selalu kita lakukan dalam kehidupan...




kisah 1 :
MAKAN sudah pasti semua orang pernah makan..tak kisahlah makan apa janji halal..
al kisah bermula...

agendanya bermula denganpergi kafe ambik pinggan...lap2 sikit pinggan... pergi kat tempat tong nasik... ambik senduk..kaut nasik... 1..2..senduk... 'eh macam skit je' tambah lagi... penuh satu pinggan... kaki terus melangkah tinjau2 lauk.. wah!! semua macam best je... jenguk2.. ambik ayam goreng panas2... nak yang besar...banyak isi tapi nak tulang jugak...isi je xsedap... pilih punya line da sebaris kat belakang...ok sudahla..sampai esok kang takut orang belakang bagi smash pulak... ayam da selesai.. ok agenda seterusnya... sayur... nak makan sayur ape ea.. okeh tempe sambal dengan kacang hijau... eh macam sikit sangat je ambik tak cukup nie... ambik lagi... okeh nasik da ada..lauk pun da ada... agenda seterusnya pergi bayar... tnya tauke kafe... 'berapa??'... ' ** dik ' ... dalam hati cakap


huh mahalnya.... tengok dompet..ambik dompet..bayar...pergi ke dstinasi tempat duduk yang telah di cop... duduk n makan... ops... doa makan jangan lupa... satu suap, dua suap... kunyah n telan... suap2 n suap..sehingga satu saat..kenyanglah...
tengok pinggan nasi ada lagi dua, tiga suap..ayam...n sayur bersisa lagi...
paksa jugak makan.... huh!! tak larat... ok stop... pandang kesian je kat nasik... tapi da x larat nak makan... apa yang terjadi seterusnya....... ****

berdiri, angkat kaki melangkah ke tong sampah... makanan berbaki tadi ku buang dalam tong sampah...

*THE END*

pernahkah kejadian di atas berlaku pada anda.... kisah tersebut adalah kisah aku... dan beberapa kali jugak lah akulakukan perkara tersebut berlaku... betapa ketika itu nafsu makan tahap xingat... astagfirullahalazim...
oleh itu sebagai pengajarannya... daripada kisah di atas.... ingatlah makan mengikut keperluan bukan ikut nafsu... makan kerana Allah...

dan ingatlah bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan sentiasa bersederhana dalam kehidupan... ramai lagi umat-umat di luar sana kelaparan sehingga terpaksa makan sisa makanan yang kita lemparkan... tanamkan dalam minda makan sekadar keperluan...membazirkan amalan syaitan...
hasilnya insyaAllah kita akan jadi hamba yang senantiasa bersyukur dan badan pun cergas otak pun sihat... insyaAllah...


sumber gambar :

http://www.newstimeafrica.com/wp-content/uploads/2009/12/Kenya-Drought-Effects-of-Climate-Change.jpg


"Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu beruntung." (Al-A'raf 7:69).

Dan seseungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: " bersyukurlah kepada Allah. dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka seya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang kufur (tidak bersyukur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (Lukman :12).








0 comments: